Thursday, February 25, 2010

TEMASYA KEJOHANAN SUKAN KE 41

Temasya Kejohanan Sukan Sekolah kali ke 41 sedang berlangsung di Dataran Bestari SM3KB. Pelbagai acara telah diatur dan butiran lanjut menyusul ..... Siaran langsung boleh ditonton di kotak TV bersebelahan.

Wednesday, February 24, 2010

Mesyuarat Pelaporan Pelaksanaan SPS 1/2010





Guru Penyelaras Bestari di 50 buah Sekolah Bestari Perdana telah dijemput untuk menghadiri Mesyuarat Pelaporan Pelaksanaan SPS siri 1/2010 bertempat di Oditorium BTP di Bukit Kiara,KL. Mesyuarat bermula jam 10.00 pagi dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah BTP -Pn Hawa bt Hj Said. Mesyuarat sedang berlangsung ...

Watch live video from sm3kb on Justin.tv

Sekolah Bestari Perluasan 2010

Program pembestarian sekolah luar bandar telah diperluaskan kepada 35 buah sekolah lagi dalam fasa 2. Ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 50 buah sekolah.
Berikut adalah senarai 35 buah sekolah yang dicadangkan untuk mengikuti Program Pembestarian fasa 2.
1. SK Taman Pantai Sepang Utara - Sungai Pelek, Selangor
2. SJK(C) Peng Ming - Telok Panglima Garang, Selangor
3. SJK(T) Jalan Tepi Sungai - Klang, Selangor
4.SK Chenein - Sungai Siput (U) , Perak
5. SK Dato' Sagor - Kg. Gajah, Perak
6. SJK (C) Sg. Batu - Pantai Remis, Perak
7 SK Muadzam Shah - Muadzam Shah, Pahang
8. SK Pekan Jaya - Pekan, Pahang
9. SK (LKTP)Tembangau 1- Kemayan, Pahang
10. SK Hamzah (1) - Machang, Kelantan
11. SMK Kubang Bemban - Pasir Mas, Kelantan
12. SMK Mahmud Mahyidin - Wakaf Bharu, Kelantan
13. SK Seri Separap - Batu Pahat, Johor
14. SK Seri Pantai - Mersing, Johor
15. SMK (LKTP) Pemanis - Segamat, Johor
16. SMK Telok Kerang - Pontian, Johor
17. SK Jitra - Jitra, Kedah
18. SMK Sungai Layar - Sungai Petani, Kedah
19. SMK Agama Sik - Sik, Kedah
20. SK Serkam Darat - Merlimau, Melaka
21. SMK Tunku Besar Burhanuddin - Seri Menanti, Negeri Sembilan
22. SMKA Al-Irshad - Kepala Batas, Pulau Pinang
23. SK Beseri - Kangar, Perlis
24. SK Pagar Besi - Kuala Terengganu, Terengganu
25. SK Sungai Tong - Permaisuri, Terengganu
26. SMK Bukit Payong - Jerteh, Terengganu
27. SK Bukit Kallam - WP Labuan, Labuan
28. SR Pendidikan Khas Kota Kinabalu - Tuaran, Sabah
29. SK Pekan Menumbok - Menumbok, Sabah
30. SMK Tagasan - Semporna, Sabah
31. SMK Tandek - Kota Marudu, Sabah
32. SK Sibu Jaya - Sibu, Sarawak
33. SK Kelawit - Tatau, Sarawak
34. SJK Kwang Chien - Sarikei, Sarawak
35. SMK Datuk Patinggi Kedit - Betong, Sarawak

Monday, November 2, 2009

PANAS! PANAS!PANAS!

Satu berita yang sahih baru diterima dari sumber yang boleh sangat dipercayai. Sesungguhnya mulai sekarang 88 sekolah bestari telah dicampakkan balik oleh MDEC kepada BTP. Tumpuan MDEC sekarang ialah kepada 15 sekolah peluasan dan akan ditambah lagi 33 tahun depan. SME pun dah ditamatkan kontrak. Pemantauan dan tunjuk ajar kepada 48 sekolah peluasan akan dikontrakkan kepada ...guess who? .....TSS. Rupanya TSS masih hidup dan akan terus hidup!.Hidup TSS. Any comments, comrades?

Minggu 1 Nov

Baru masuk awal bulan pencatat sudah kena meninggalkan sekolah untuk memberi satu kursus membina blog kepada pegawai sukan JPN dan PPD Negeri Selangor. Kursus diadakan di Seri Malaysia Port Dickson. Kursus ini adalah selama 4 hari - Isnin hingga Khamis (2-5 Nov 2009).

Thursday, October 29, 2009

Wednesday, October 28, 2009

PKGBPM


PERSIDANGAN KEBANGSAAN GURU PENYELARAS BESTARI MALAYSIA (PKGPBM)
Di kesempatan yang ada, berkumpulnya kesemua 88 GPB Sekolah Bestari Perdana Malaysia, di DYNASTY HOTEL,KL semangat memperjuangkan nasib GPB SeMalaysia sedang giat dijalankan. Atas desakan beberapa GPB yang ada, Timbalan Presiden PKGPBM telah sempat mengadakan satu perjumpaan khas pada petang Isnin 26 Oktober 2009 (selepas sesi latihan ASC) untuk membincangkan isu pelaung GPB menjadi Guru Cemerlang. Keputusan dicapai untuk :
1. Menyediakan dokumen penyataan hasrat dan perasaan atas isu ini.
2. Membuat temujanji untuk berjumpa dengan pihak BTP sebelum Jumaat 30 Oktober 2009.
3. Menyediakan instrumen rujukan sebagai persediaan kepada semua GPB SeMalaysia untuk memohon Guru Cemerlang atas tiket GPB dan bukan guru subjek.
4. Mendaftar PKGPBM sebagai satu pertubuhan yang sah bagi memperjuangkan masa depan GPB SeMalaysia.
Hasil tindakan awal :
1. Pihak BTP telah mendapat maklumbalas tentang perjumpaan singkat itu dan seseorang dari sektor sekolah bestari telah menemui wakil GPB pada hari Selasa 26.10 09 untuk membawa isu ini ke peringkat tertinggi pengurusan.
2. Temujanji dengan Ketua Sektor Pembestari di BTP telah dibuat pada 27.10.09 dihadiri oleh 4 wakil zon. kemudiannya dituruti oleh wakil wanita GPB Tan VI.
10.00 pagi - Perbincangan bersama Dr.Muhammad,KS Pembestarian bersama Dr.Rosmah,Pn.Fauziah, En Wong & En Azmi...wakil GPB - Zon utara -GPB Mazlan, Zon Tengah - GPB Syed Hassan, Zon Timur GPB Hj Rahim, GPB Selatan - GPB Zawawi.
Perbincangan berjalan lancar dan positif . Selepas perbincangan selesai rombongan disambut oleh GPB Mat Tan dan GPB Haizul (S/U) - sebab sampai lewat.
.
Maklumat lanjut akan disampaikan dalam perjumpaan malam ini.